Saya rasa saya betul!

Bismillahirahmanirrahim


"Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)." [18:1]


Sihat? Dah breakfast? Oh ai hanya makan cereal. memaksa diri untuk bersarapan, susah. *Berbalik kepada topik*


Saya rasa saya betul!


Pernah rasa ni? *mengaku* Ai selalu rasa ai betul. Apa yang ai buat/fikir inshaAllah betul. Tapi selalu kena ingat pemikiran kita tak sama. Mungkin apa yang kita rasa betul, tapi bukan itu yang orang lain rasa. Sebagai insan yang sedikit degil yakin dengan instinct, ai selalu sangat merasakan keputusan or buah fikiran ai the best. =.='' (tolaktepi hal akademik or sth serious, just let it be simple thing, perkara harian)


contohnya: Kerjakerja surirumahtangga.Pingganmangkuk perlulah diselesaikan dengan segera. Jangan direndam selama 20tahun. Mungkin akan menyebabkan mata semak, serta rumah/dapur nampak lebih serabut. Ini yang ai fikir. TAPI. Insan lain ada yang fikir, jangan dibasuh pinggan sebijiksebijik. Membazir air. Basuh bila dah banyak terus. Mudah. Sekali harung jek semua. Haruslah kan, insan yang berfikiran macam ai rasa nak hentakhentak kepala dekat dinding. Rasa macam nak nanges-nanges. Merasakan cara ai dah terbaik! Memang the best. Naega chae challaga. INILAH NAMANYA HIDUP DALAM KOMUNITI.


"Penyakit yang paling susah diubati, penyakit yang menginginkan orang lain berfikiran sama macam kita." - UAI


oh ampun, ai ada penyakit yang susah diubati. HIKHIK. Mintak maaf semua yang pernah terlibat. :) Kalau dulu, ai suka berdebat nak pastikan apa yang ai fikir itu betul sebab memang betul pun. Rela berdebat sampai nanges-nanges. puas hati. Tapi tahukah kita, perkara sebegini mampu merenggangkan hubungan percintaan eh persahabatan? Kalau berselisih pendapat sikitsikit, memang tak kisah. Tapi kalau dah semua tak nak beralah, hey you! janganjanganjangan. Sekarang, ai ambek langkah banyak diam dari suarakan.
Better kot.


Analoginya, ada ice cream vanila. Vanila kot, sedap! Then ada roti gardenia. Haruslah ramai yang nak makan cicah roti dengan ice cream vanila. Tapi tak semua mampu makan camtu. Mungkin ai tak makan roti gardenia sebab diet karbohidrat walaupun makan nasik dengan banyaknya. Mungkin jugak ada yang alergik roti (?) or vanila. So, tak semua mampu makan roti cicah ice cream vanila. Walaupun kita tahu, memang sangatlah sedapnya makan sebegitu. 


notakaki: Belajar berlapang dada memang susah, tapi nama pun belajar. Belajar apa yang senang? :) 


Cinta.





Comments

Popular Posts