Sakit Puasa

Dah lebih 10 hari dalam Ramadhan.
Dan gaya dah seminggu aku ala-ala sakit perut gitu.
Batukbatuk gaya geligeli tekak.
Lepas tu aku rasa nak ambik mc.
Lepas tu aku macam noob sangat, sebab aku tak tahu macam mana cara nak mintak mc.
Tapi, daripada aku habiskan mc, eloklah aku pi je bekerja macam biasa.
Maklumlah orang baru bekerja dan memnag tak tahu macam mana cara nak menguruskan cuti.
Tahu bekerja je. Tak tahu bagaimana nak bercuti.

Disebabkan aku duduk sorang, mulalah malas nak bersahur secara beria.
takkanlah nak masak beria kan.
lastlast aku bangun merangkak cari air dan kurma.

Disebabkan aku sangatlah tidak bermaya puasa tahun ni, abah aku suruh bersahur dengan madu. Aku pun bawaklah madu beria ke rumah aku. Magically, penutup madu tu tak boleh dibuka pun. Tahu dop? Tahu? So, menu sahur aku sama je. Minum air masak dengan kurma. Sambil merangkak turun dari tilam.
HEOL.
Ini bukan malas, ini rutin si bujang ok.

Ok, baju raya dah siap?
Baru aku perasan, mana lagi baju raya aku tahun ini?
Mana?

Comments

Popular Posts